Tuesday, March 11, 2014

Laman : Mini Lanskap On Progress

Morning and Good Day!

Buat masa ni kitorang memang tak plan ape lagi untuk cantikkan dalam rumah tu..
Niat memang la ada, tapiiii setakat niat kalau takde ongkosnya, pun nggak guna juga kannn.. hewwheww!

So, untuk mengubati hati dan jiwa yang tak berapa nak dannn ni, Din ajak laaa buat projek bercucuk tanam mencantikkan lagi kawasan tanah lapang yang sekangkang kera je tu haaaa...
Dia cakap, daripada asyik nak bersihkan rumput and lalang yang manjanggggg je, baek laa dia buat mini lanskap kat situ... Ade jugak pekdahnya, bukan setakat pekdah, boleh buat sejukkkkk je mata bila pandang mini lanskap tu.. mihmihmihhh...

Sebelum nak mulakan projek menanam ni, Din kene lah bersihkan rumput-rumput, lalang yang ade kat tanah tu.. Bila dah bersih, kene pulak korek tanah tu.. Haaaaa yang ni paling terkejut.. Korek punya korek tanah tu... Bukan tanah yang lembut dia bagi, segala mak nenek batu bata, serpihan mozek, serpihan kayu, semua serpihan pemaju ni buang kat situ... Emangggg dasarrr yaaaa!!




Ni pic masa baru lepas buang rumput-rumput yang ada.. 7 hari ok Din bersihkan kawasan ni,
tu termasuklah buang batu bata bawah tanah tu, serpihan mozek bagai..




Lepas dah siap bersihkan tanah tu, Mari kita mulakan misi mencari pokok pokok bunga
yang menawan hati. Beli kat nursery area Ulu Choh tu je haaaaa..



Pic semalam... Tinggal sikit je lagi ni nak siapkan.. Rumput carpet tu tak cukup lagi 1 gulung,
petang ni baru nak pergi beli pastu touch up sikit-sikit. Pastu siap dahhh!
Rumput carpet ni harga pon takde la mahal sangat.. RM7 1 gulung.. Haritu beli 2 gulung jer..
 Yang ni pon bila tengok,aduhhhhh.... cantiknyaaa! ok,puji sendirik!   haha



Antara pokok bunga yang dah ada then tinggal nak susun je nanti.. 
Oh! aku suke gila pokok kaler purple tu.. Kalau ada banyak, 
memang nampak cantik sangat.. aku tak tau ape nama dia,
Din tau la kot.. Aritu dia ada cakap, tapi aku lupa..
Pokok ni tak mahal, RM12 jer, beli kat 
Katsura Nursery, Sutera Utama. Kalau gi
nursery situ, confirm rambang mata....
macam-macam pokok bunga ada, cantik-cantik pulak tu!
Nanti nak tambah lagi pokok bunga yang sun melesun..
:)



Ni baru beli semalam. satu pasu RM8.. Beli kat nursery area Ulu Choh tu jer..
Vase putih tu, beli lama dah kat Ikea, kekonon nak tanam daun bawang or
daun sup, tapi nan hadoooo! Sudahnya, laki aku jugak yang rajin tukarkan pasu.. hihi

Kalau ikotkan aku ni, memang tak pandai bab-bab jaga pokok ni.. 
Tapi dah laki ku belajar lanskap, and now kerja pon kat Jabatan Lanskap, harus laaa
dia yang maintain pokok-pokok ni semua nanti.. Tugas iols, siram pokok je.. Muahahaha!




6 kepoh-kepoh:

MOMMYLIN said...

tgk pokok je da thu, hasilnya mmg ummppphhh...

~ NANA ~ said...

i pulak rumah takde tanah, so semua bunga dlm pasu je :(

Unknown said...

berbudi pada tanah :)

LisaLisut said...

nice... wpn sekangkang kera tp ade hijau2 rs la sejuk mata tgk. eeee i missed alot ur stories. apsal update xkeluar kt sidebar i tah :(

Unknown said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Unknown said...

Hello! Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Apakah Anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.
Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)
Selamat Tahun Baru dari team Kumpulbagi!!